Thursday, July 15, 2010

about LAILA ASYIKIN...



Hari ni saye nak cerite psl drama laila asyikin kat tv3 every tuesday-thursday kol 10.30 mlm... saye suke jalan cerite die.... menarik...plus saye sgt suke lagu ost cite ni(sampai syurga).. it's my peberet song.... anda baca dulu sinopsis die ok...
Sinopsis :
Segalanya hanyalah mimpi indah yang membuaikan. Tidak disangka sama sekali kebahagiaan yang dikecapi hanyalah keasyikan yang memukau sehingga empunya diri tidak sedar bahawa dirinya telah dikhianati oleh suami tercinta. Kini, dia perlu bangkit dan berjuang untuk mempertahankan haknya walaupun perjuangan itu getir!

Drama 16 episod ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan skripnya oleh Zarihah Hassan. Siri ini mengetengahkan bakat baru yang semakin menonjol, Nur Fathia Abdul Latiff sebagai watak utama iaitu Laila Asyikin serta dibantu oleh pelakon popular tanahair seperti Fahrin Ahmad, Irfan Roslan, Hamidah Wahab, Fadhil Dani, Hisham Ahmad Tajudin, Zain Ruffedge, Diana Amir, Nurzul Suphian dan Adeline Anthony Tsen.
Laila Asyikin (Nur Fathia Abdul Latiff) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi tetapi memilih untuk tidak bekerja setelah berkahwin dengan Mikhail (Irfan Roslan). Namun Laila tetap mengambil tahu tentang urusan syarikat peninggalan arwah ayahnya, Datuk Shamsudin, iaitu United Holdings Berhad.
Mikhail pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif United Holdings atas wasiat arwah Datuk Shamsudin. Mikhail seorang yang gigih, penyayang dan bijak dalam urusan perniagaan, dan United Holdings berkembang maju di bawah pentadbirannya.
Perkahwinan Laila dan Mikhail kelihatan bahagia dengan kelahiran dua cahaya mata iaitu Laila Huda dan Laila Afifah. Namun, keharmonian kehidupan Laila dan anak-anak berkecai selepas Mikhail terlibat dalam kemalangan jalanraya. Lebih memeranjatkan apabila Sarah (Diana Amir) turut berada dalam kereta tersebut. Sarah meninggal dunia manakala Mikhail pula mengalami kecederaan dan koma selama tiga bulan.
Tanpa pengetahuan Laila, Mikhail telah mengahwini Sarah kerana bersimpati dengan kehidupannya yang miskin. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Irfan yang baru berusia tiga bulan. Enggan berdiam diri dan menyerah kalah, Laila mengambil tindakan segera. Dia mendapatkan hak penjagaan Irfan daripada keluarga Sarah.
Dia juga mengatur strategi untuk menyingkirkan sesiapa yang mahu menjatuhkan syarikatnya dengan sokongan sepenuhnya daripada pembantu khas Mikhail, Remy (Fahrin Ahmad). Kebijaksanaan dan ketabahan Laila menyebabkan Remy dalam diam menyimpan perasaan kepadanya.
Dia menyangka orang yang diberi 'kehidupan' setia dengannya tetapi rupa-rupanya mereka sedang merancang untuk meruntuhkan hidupnya dan mengambil alih syarikat warisan keluarganya. Apabila semua terbongkar, dia perlu bangun dan keluar daripada lena bagi mempertahankan haknya. Drama menarik ini disiarkan di TV3
DRAMA: LAILA ASYIKIN

Tabah kan laila asyikin ni?? dah la die sgt la cantik..berpelajaran tinggi...lemah lembut... tapi ngape laki die tak penah hargai die... ngape la laki die sanggup tipu die... yg sara tu plak kenape die sanggup nak hancurkan rumahtangge org len walau dlm keadaan terdesak camne skalipon... die tak pikir ke hati n perasaan laila tu... erm... sgt sedey.... sepatutnye sara tu ade pendirian sendirik... die kene la tolak lamaran si mikhail tu kan?? sara sepatutnye kuat ckit.. takkan la die rela biarkan perempuan lain ditipu dan dikhianati camtu....... takde pompuan yg sanggup tgk pompuan lain kecewa.. kalo die sanggup maksudnye die bukan pompuan.. takde hati n perasaan...
kalo pkir2 balik... camne laila asyikin nak hadapi mende ni kan??? mesti kene tabah sgt... camne die nak dpt balik kepercayaan dr suami dia...camne die nak uruskan 2 anak dia... nak jaga suami dia yg sakit n yang penah tipu dia bulat2... sedeynya kalo jadik laila asyikin...
erm.. plus saye baru perasan psl name anak laila ni... dua2 anak dia die bg start ngan nama laila...
saye penah gak berangan nak start my daughter nye name ngan fatin... hehehe
papepon... kiter berdoa la... agar dlm realiti kehidupan takde lelaki yg sanggup wat pompuan mcm tu... menipu, menduakan n membuat wanita lain sgt2 kecewa...

No comments: