Saturday, September 4, 2010

apabila ****** terlampau mencintai...


erm... lama gak tak tulis blog.. xbyk masa free sgt...persiapan nak raya lagik+ berpuasa dan berterawikh.... saje saye nak kongsi sedikit info yg saye rase ade betoinya ckit2.... buat renungan semua...hehe.. saye dpt dr kawan saye... mungkin sebab mimpi ngeri dulu wat kite kembali berpikir n cuba nak elak dr terjadik sekali lagik n kalo leh taknak wat kesilapan tu lagik.. insyaALLAH... bacalah n renungkanlah...mungkin leh wat kita lebih yakin untuk membuat pilihan... tapi kwn saya dah pesan..(jgn pecaya sgt, pecaya pada hati dan guna akal fikiran juga....).. hehe..

APABILA LELAKI TERLAMPAU MENCINTAI
Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seoranglelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut danromantis mudah pula dia berasa sayu, pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yangdicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami – adakalanya lunak, tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Demikianlah lelaki, tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudahmemperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Wahai wanita, elakkanlah diri anda daripada menjadi mangsa lelaki-lelaki seperti ini. Fahami,kenali, pelajari dan selamilah lelaki yang anda temui itu agar anda tidak menjadi mangsa sekian kali.
Kesungguhan cinta seorang lelaki terpancar melalui :

1. Kesungguhannya dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isterinya itu, tanpa sedikitpun terlihat keterpaksaan. Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

2. Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

3. Dia bukan seorang lelaki hipokrit yang tidak mempedulikan apakah anda mengalirkan airmata tatkala dia tertawa.

4. Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi anda sebagai kekasihnya mahupun isterinya.

5. Dia mencemburui anda lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan anda.Kongkongannya semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburunya yang meluap-luap itu.Dia akan kerap menyatakan ketakutannya jika kehilangan anda. Dia mudah merajuk dan sensitif apabila anda tidak menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap dirinya.Kadang-kadang dia seperti anak kecil dalam usaha mendapatkan layanan terbaik daripadaanda.

6. Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhannya melakukan apa sahaja asalkanmembahagiakan anda.


7. Kadang-kadang dia merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada anda. Dia berasalega dan gembira apabila mendapat kata-kata pujukan yang amat didambakan olehnya yang telah diselaputi cinta itu.

8. Dia akan gelabah apabila berjauhan dengan anda. Dia akan kerap menelefon, menghantarSMS dan kadang-kadang katanya puitis sekali. Dia akan kerap bertanya apakah anda masih mencintainya, padahal anda telah beberapa kali menyatakan begitu terhadapnya.

9. Lelaki yang jujur dan cukup ‘mabuk’ dalam alam percintaannya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.



SEKADAR RENUNGAN JE TAU...